BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Tuesday, November 5, 2013

KEMBALI LAGI ~ CORETAN HIJRAH 1435H (PART 1)


Assalamualaikum wbt..


Apa khabar sahabat semua..? Moga sihat, dilimpahi keberkatan dan terpelihara iman, insya'Allah. 

Alhamdulillah..selawat dan salam buat Rasulullah SAW, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan, dapat bertemu kembali di ruangan maya ini. Subhanallah, terima kasih buat anda, sahabat setia, pengunjung laman ini. Sedar akan banyak kelemahan, blog ni telah terbiar sekian lama. Namun, syukur..masih ada ruang dan peluang, kita bertemu kembali di sini.

Suka untuk saya kongsikan, tarikh Hijrah kali ini jatuh pada tarikh sama dengan ulang tahun kelahiran saya (01 Muharram 1435 ~ 05 November 2013). Subhanallah..Alhamdulillah, usia kian mencecah angka 35 tahun. Tua dah rupanya..hehe. Ada sesiapa yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya di sini..? Kata 'I'.. Syukur Ya Allah, masih memberikan kami peluang untuk terus bernafas dan menghitung kesyukuran di alam maya ini. 

Sebenarnya, sepanjang 'kehilangan' buat seketika dulu, banyak yang telah berubah. Pelbagai cabaran, ujian, suka duka telah dilalui. Namun, kini kembali, dengan niat dan azam baru sempena tahun baru, Hijrah..insya'Allah. Hijrah kali ini, begitu bermakna, juga membawa perubahan besar buat diri, teman setia, keluarga dan sahabat seperjuangan. Sahabat semua, bagaimana..? Ada yang nak berkongsi cerita Hijrah anda dengan saya..? Silakan.. saya amat berbangga jika anda sudi berkongsi, tinggalkan komen di laman ini. 

Alangkah baik, jika kita dapat berkongsi dengan niat untuk kebaikan, panduan juga teladan bersama. Demi kehidupan yang lebih bererti, bahagia dan lebih tenang menghadapi cabaran mendatang. Dengan niat ikhlas untuk menambah nilai hidup sahabat kita yang lain, selagi masih ada peluang, insya'Allah. 

'Sharing is Caring' and "The More We Give, The More We Get". Itulah juga pesan Mentor kesayangan saya, Dr. Azizan Osman, Siapakah dia sebenarnya??? Apa kaitan Hijrah saya kali ini dengan Mentor Magnet Kekayaan & Kejayaan #1 di Asia ni??? Ehmm..itu semua, saya akan kongsikan dalam coretan selanjutnya. Nantikan info dan perkongsian bermakna yang seterusnya, hanya di sini : Coretan Hijrah 1435 (Part 2). 

Oh ya, sebelum terlupa. Sekalung penghargaan dirakamkan atas doa dan sokongan keluarga tercinta (ibu, ayah dan adik tersayang Bro. Que Harris), teman setia dan sahabat seperjuangan, serta semua insan mulia yang sudi mendoakan kebaikan, memberi ucapan selamat hari lahir buat saya. Syukur, Alhamdulillah.. Moga doa kalian semua dimakbulkan, insya'Allah. Sebarang khilaf, ampun dan maaf dipohon seikhlas hati.

Anda Kaya, Berjaya dan Diberkati di Dunia jua Akhirat, aamiin. 
Salam Maal Hijrah ~ Jom Hijrah Menuju Jannah.

Jazakallah khair..wallahua'alam. 


Maslyeen

www.facebook.com/Maslyeen
www.facebook.com/dBayurichtours



Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner