BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Monday, March 7, 2011

Tips : Komunikasi Berkesan - Jadi Pendengar yang Baik




Poster 15 Jadilah Pendengar Yang Baik


Situasi:
Barangkali ada di kalangan kita tertanya-tanya kenapa perbualan mereka dengan orang lain adakala hambar. Dalam tidak sedar, persahabatan turut tercalar dengan gaya percakapan kita yang tidak memikirkan orang lain.

Jika kita mahu orang lain mendengar apa yang kita katakan, kita perlu terlebih dahulu mendengar kata mereka. Tindakan terburu-buru dalam berkata-kata , seperti memotong perbualan orang lain bukan sahaja tidak sopan, bahkan ia membantutkan idea dan kata-kata pengungkapnya.

Bukankah lebih bermakna perbualan kita jika masing-masing diberikan ruang untuk bercakap sehingga selesai butir katanya terlebih dahulu, sebelum diberi komen atau pendapat yang berlainan.

Situasi ini perlu digiatkan agar perbincangan atau perbualan menjadi lebih bererti, selain dapat mengeratkan hubungan persahabatan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam situasi orang menjadi benci untuk bersama kita , kerana jarang sekali mendengar kata orang lain dan hanya diri kita saja yang betul.

Renungkan dan amalkan dalam perhubungan. Hasilnya, persahabatan jadi lebih erat, ukhuwah lebih indah dan diri kita lebih dihargai. Insya'Allah.

Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner