BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul - 1432H

Pada 12 Februari 2011, bertempat di Surau Kompleks Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Putatan, para jemaah telah berkesempatan mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Tn. Imam Daerah Sandakan Al-Hafiz. Kemudian, disusuli dengan solat Isya' berjemaah. Turut hadir, Tn. Hj. Awang Masri Kefli, serta rakan-rakan seperjuangan PSSCPUH (Silat Cekak Hanafi, Cawangan Sabah).
Alhamdulillah..dapat juga hadir ke majlis ilmu tersebut dan memanfaatkan masa sempena meraihkan Maulidur Rasul. Walaupun cuaca hujan ketika mencari lokasi yang agak jauh dari jalan utama, ia tidak mematahkan semangat kami untuk turut mengimarahkan majlis yang dianjurkan oleh persatuan ini. 
Berikut dikongsikan bersama antara intipati tazkirah tersebut:
1. Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa umatnya yang tidak hidup sezaman dengannya, tetapi beriman dengannya adalah sebagai kekasih baginda.

2. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat, menghayatinya, serta memahami hakikat selawat itu sendiri.


3. Untuk mendapat redha Allah, kita perlu mendapat redha Rasulullah S.A.W.


4. Rasulullah amat mengasihi umatnya dan kita juga seharusnya mengasihi baginda Rasulullah SAW dengan sepenuhnya.



5. Kita seharusnya menghayati hakikat penciptaan manusia, iaitu daripada diri yang satu (Nabi Adam). Oleh itu, tiada perpisahan yang berlaku, walaupun baginda telah pergi dahulu menemuiNya.

6. Apabila kenal hakikat diri kita dicipta daripada diri yang satu, maka sebenarnya kita adalah sama. Oleh itu, hubungan itu perlu dijaga dengan sebaiknya. 



7. Perpecahan umat berpunca daripada penyakit hati. Sebarang prasangka yang dilemparkan kepada orang lain, sebenarnya dilemparkan pada diri sendiri. Sehingga disebut dalam al-Quran :
"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

6. Pertolongan Allah akan berlaku apabila wujudnya penyerahan sebenar (bulat) kepada Allah. Jika direnungi, sebenarnya pertolongan Allah itu dekat dengan hambaNya yang benar-benar berserah kepadanya.


7. Kelahiran seharusnya disyukuri, bukan pula leka diraihkan dengan jamuan yang keterlaluan. Tarikh keramat itu seharusnya diraihkan dengan tangisan menghisab diri. Menginsafi bahawa setiap kali kita menyambut hari kelahiran, bermakna usia kita kian berkurang dan kita makin menghampiri mati.



Moga perkongsian ilmu sebegini tetap subur dalam diri kita, serta bertambah-tambah pula kasih kita ke atas baginda. Mohon dikurniakan kekuatan untuk terus memperjuangkan agama suci (Islam) yang telah diamanahkan baginda buat kita selaku khairah ummah..amin.


Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W.


Salam Maulidur Rasul. Wassalam.


Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner