BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Thursday, December 22, 2011

Kaedah Terkini Belajar & Menghayati Al-Quran

Salam.. sahabat yang dikasihi sekalian.


Pernah terfikir untuk belajar serta menghayati Al-Quran dengan mudah dan efektif?


Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.


Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:


1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.


2) Golongan berumur juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.


3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.


Justeru, kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.


Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.


Dapatkan maklumat lanjut di sini: http://www.myqurandigital.com/

Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum wbt..Hi! 


Moga anda semua sihat, ceria hendaknya..insya'Allah.

Kali ni, saya nak kongsi dengan anda sesuatu yang agak unik.. :-) sekali cuba, nak klik lagi. Trick skit..hehe.

Nak tahu apa tu??? Jom cuba 'Google Gravity'
Caranya mudah saja, anda hanya perlu 'copy' link di bawah dan 'paste' di blog atau website anda. http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_gravity/Kemudian, taipkan kata carian dan tengok sendiri hasilnya. Hehe.. 

Kalau rasa nak kongsi dengan kengkawan lain pun bleh gak. Percuma dan mudah jer.. Just 'copy' pautan ni http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_gravity/, pastu 'paste' kat dalam entry blog or website anda.Tak pun anda nak mudah lg, 'paste' je terus kat 'address bar' komputer anda dan tekan 'Enter'. Lihat hasilnya.. :-) 

P/S : Saya sendiri teruja mencubanya..hehe. Jangan risau. Ini bukan spam.

Selamat mencuba.. :-)

Sekian, Wassalam.






















Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum wbt.. salam ceria :-) 


Apa perkembangan semasa? Dah bersedia nak melangkah ke tahun baru Hijrah 1433??? :-)


Ehm..apapun, saya doakan moga sentiasa ceria dan tenang selalu mengharungi hari-hari mendatang. Apatah lagi, kini kita telahpun di ambang penghujung hijrah 1432. Detik waktu kian menghampiri. Kita akan melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah, bermula Maghrib nanti, insya'Allah. 


Moga sepanjang usia kita pada tahun yang telah kita lalui, membawa seribu makna dalam mentaatiNya, serta tahun baru Hijrah ini lebih berkat dan bermakna jua, insya'Allah.


Jangan lupa, kalau tak ke masjid atau suraupun, petang ni di rumah boleh ajak semua ahli keluarga baca doa akhir tahun sama-sama. 


Doa akhir tahun hijrah, dibaca 3 kali selepas waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib akhir bulan Zulhijjah.


doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah


Kemudian, lepas masuk waktu Maghrib..baca pula doa awal tahun 1433. 


doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Read more: http://www.anakulucheka.com/cara-membaca-doa-akhir-tahun-hijrah-dan-doa-awal-tahun-hijrah/#ixzz1enasND1j

Insya'Allah, kalau berjemaah lebih terasa aura dan semangat Hijrah itu sendiri. Apatah lagi jika dapat ditelusuri makna Hijrah yang sebenar, seperti yang dituntut dalam Islam, serta diperjuangkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Jom hayati ayat Al-Quran ini :
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), ""Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 195)
 
Moga kita semua diberkatiNYa dan diberi kekuatan untuk mengisi sepanjang tahun 1433 dengan sebaik-baik amalan, disucikan hati, dikuatkan iman, serta beroleh kebahagiaan dan kecemerlangan sebagai hambaNya yang diredhai di dunia jua akhirat, amin..insya'Allah. 

Salam Maal Hijrah 1433.





Wassalam.

Tuesday, July 19, 2011

Trip to Kundasang, Ranau, Sabah

Assalamualaikum w.b.t...

 
Ahamdulillah pada 15 dan 16 Julai lalu, saya dan beberapa rakan pejabat sempat menikmati kesegaran udara pergunungan (Gunung Kinabalu). Kami bertolak selepas Subuh, iaitu seawal 5.30 pagi dari Kota Kinabalu dan sampai ke daerah Kundasang, Ranau sekitar 7.30 pagi.

 
Keindahan pemandangan sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang amat memukau pada waktu pagi. Lebih indah kerana kami sempat menikmati pancaran sinar mentari yang muncul di sebalik kawasan pergunungan. Sungguh mengujakan. 
Sepanjang perjalanan, saya dan rakan sempat berhenti dan singgah di beberapa lokasi untuk merakamkan pemandangan yang menarik.

Paling seronok masa sampai kat Mesilau Trail di Mesilau Nature Resort yang terletak betul-betul di kaki Gunung Kinabalu. Turun je dari kereta nampak asap berkepul-kepul keluar dari mulut semasa bernafas. Huhu..sayang sangat tak sempat rakam foto. Excited nyer pasal..lupa kamera ada dalam kereta, huhu.

Satu lagi, pemandangan yang ala-ala di New Zealand, Australia. cuba tengok foto saya bersama 'Boss' kat atas tu. Silap tengok, memang macam kat luar negara jer..hehe. Tu pun kat area Kundasang gak sebenarnya, di salah satu lokasi penggambaran yang terkenal dan merupakan kawasan ternakan lembu. Hehe.. 

Selain tu, sebelum balik KK pada hari seterusnya, kami sempat ke Kolam Air Panas, 'Kundasang Hot Spring'. Tengok ramai sangat pengunjung, segan lak nak mandi.. Member je la yang sempat berendam dan saya hanya selaku jurufoto sambilan..hehe.

Ehmmm... 'Feel fresh and cool'..sebab di kaki Gunung ni cuaca memang sejuk, walaupun mentari dah makin meninggi atas kepala. Kalau boleh, nak je duk lelama kat Kundasang. Tapi, masa tak mengizinkan, sebab Isnin dah nak kerja semula. Apapun, Alhamdulillah..sempat gak rehatkan minda.

Ada rezeki, kalau anda nak bercuti-cuti kat tempat-tempat menarik camni, bleh la kongsi pengalaman anda lak yer.. Oh ya tak lupa, terima kasih bebanyak kat member-member yang sangat sporting Mar & The Creative Crew, also credit to Fizie & Izam yang shot foto cantik punyer! Hehe..tu jer..salam ceria selalu. 

Wassalam.

Sunday, July 3, 2011

Induksi Pelajar (Animasi & Multimedia)

Minggu Induksi Pelajar Baru ~ Ambilan Julai 2011

Program Sijil & Diploma 
(Multimedia / Animasi / Filem & Dokumentari)

Assalamualaikum.. salam ceria :-) moga ceria hendaknya..insya'Allah. Entri kali ni, ringkas sahaja. Saya sertakan dengan beberapa gambar buat tatapan anda semua. Jom tengok..he..


 Riadah seawal 7.30 pagi

 Fasilitator : Flecia, Malta & Brenden, 
(Tiada dlm gambar : Nor Hannika, Marwan, Siti Elfera, Abdul Sam, Leonard & Nazrin)

 Team 1 : Pink

 Team 2 : Yellow

 Team 3 : Blue

Team 4 : Orange

Minda Kreatif 1

Minda Kreatif 2
Minda Kreatif 3
 Persembahan Kumpulan


 Para Juri (Ms. Cheryl, Mrs. Diana & Ms. Lonnie)

Ms. Dg. Amy & Rakan Pensyarah lain


Penyampaian Hadiah oleh Cik Marina Abd. Ghanie, Pengurus Projek Animasi, KYS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, khususnya My Boss (Ms. Marina), Wiwiey & Jack (Martha Martin & Gerald Joanes), Ms. Lonnie, para Pensyarah dan ahli Jawatankuasa program. Thanks a lot and All The Best to all new Animation and Multimedia students! :-)
Wassalam.

Saturday, April 16, 2011

Warkah Terakhir Untuk Sahabat


Asalamualaikum wbt.. salam sayang buat semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. Walaupun kita hanya bersua di alam maya, namun bagi saya anda adalah sahabat yang begitu saya hargai, insya'Allah.
Moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Illahi, amin.

Insya'Allah kali ni.. nak kongsikan artikel yang menarik berkaitan sahabat.

Jom klik dan telusuri pengisian dalam artikel ini :

Sekian, moga keberkatan daripadaNya sentiasa mengiringi setiap langkah kita, wahai sahabat sekalian. amin.

Teruskan Perjuangan Ikhlas di Jalan Allah.
Salam ukhuwah fillah dan ceria selalu.. :-)

Wassalam.

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Kahwin Chiek Nie, Kota Belud

Assalamualaikum w.b.t... 

Alhamdulillah..saya sempat menghadiri masjlis perkahwinan dalam keadaan cuaca hujan, di Masjid Daerah Kota Belud pada 11.03.2011 (Jumaat).

Hujan renyai-renyai yang turun menandakan limpahan rahmatNya, mengiringi majlis pernikahan emak saudara saya yang mesra dipanggil Chiek Nie, iaitu adik bongsu ayah.
Pasangan Chiek Nie (Raini Binti Lakui) dan suami (Mazlan Bin Seurus) selamat diijabqabulkan pada sekitar jam 4.30 petang.

Majlis diraihkan dalam suasana sederhana dan turut diiringan doa saudara mara terdekat yang hadir pada majlis tersebut.















Majlis persandingan pengantin pula telah diadakan pada Ahad, 13.03.2011, juga dalam cuaca yang redup. 


Malah, akibat cuaca hujan yang agak lebat sepanjang hari sebelumnya, air naik mendadak dan mengakibatkan sedikit kesukaran kepada para tetamu.


Syukur alhamdulillah..walaupun hujan, majlis berjalan lancar dan tetamu tetap ramai yang datang. Ketiga-tiga khemah yang dipasang di halaman rumah, agak sesak dari pagi hingga sebelum majlis persandingan sekitar jam 2.00 petang. 




 
Tahniah untuk kedua mempelai. Bagi pihak keluarga, sekalung penghargaan buat semua tetamu, saudara-mara jauh dan dekat, serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. 





Buat Chiek Nie dan pasangan, barakallahummah wa barakah.. Moga berbahagia di dunia hingga akhir nanti. Amin.









Monday, March 7, 2011

Tips : Komunikasi Berkesan - Jadi Pendengar yang Baik




Poster 15 Jadilah Pendengar Yang Baik


Situasi:
Barangkali ada di kalangan kita tertanya-tanya kenapa perbualan mereka dengan orang lain adakala hambar. Dalam tidak sedar, persahabatan turut tercalar dengan gaya percakapan kita yang tidak memikirkan orang lain.

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul - 1432H

Pada 12 Februari 2011, bertempat di Surau Kompleks Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Putatan, para jemaah telah berkesempatan mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh Tn. Imam Daerah Sandakan Al-Hafiz. Kemudian, disusuli dengan solat Isya' berjemaah. Turut hadir, Tn. Hj. Awang Masri Kefli, serta rakan-rakan seperjuangan PSSCPUH (Silat Cekak Hanafi, Cawangan Sabah).
Alhamdulillah..dapat juga hadir ke majlis ilmu tersebut dan memanfaatkan masa sempena meraihkan Maulidur Rasul. Walaupun cuaca hujan ketika mencari lokasi yang agak jauh dari jalan utama, ia tidak mematahkan semangat kami untuk turut mengimarahkan majlis yang dianjurkan oleh persatuan ini. 
Berikut dikongsikan bersama antara intipati tazkirah tersebut:
1. Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa umatnya yang tidak hidup sezaman dengannya, tetapi beriman dengannya adalah sebagai kekasih baginda.

2. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat, menghayatinya, serta memahami hakikat selawat itu sendiri.


3. Untuk mendapat redha Allah, kita perlu mendapat redha Rasulullah S.A.W.


4. Rasulullah amat mengasihi umatnya dan kita juga seharusnya mengasihi baginda Rasulullah SAW dengan sepenuhnya.



5. Kita seharusnya menghayati hakikat penciptaan manusia, iaitu daripada diri yang satu (Nabi Adam). Oleh itu, tiada perpisahan yang berlaku, walaupun baginda telah pergi dahulu menemuiNya.

6. Apabila kenal hakikat diri kita dicipta daripada diri yang satu, maka sebenarnya kita adalah sama. Oleh itu, hubungan itu perlu dijaga dengan sebaiknya. 



7. Perpecahan umat berpunca daripada penyakit hati. Sebarang prasangka yang dilemparkan kepada orang lain, sebenarnya dilemparkan pada diri sendiri. Sehingga disebut dalam al-Quran :
"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

6. Pertolongan Allah akan berlaku apabila wujudnya penyerahan sebenar (bulat) kepada Allah. Jika direnungi, sebenarnya pertolongan Allah itu dekat dengan hambaNya yang benar-benar berserah kepadanya.


7. Kelahiran seharusnya disyukuri, bukan pula leka diraihkan dengan jamuan yang keterlaluan. Tarikh keramat itu seharusnya diraihkan dengan tangisan menghisab diri. Menginsafi bahawa setiap kali kita menyambut hari kelahiran, bermakna usia kita kian berkurang dan kita makin menghampiri mati.



Moga perkongsian ilmu sebegini tetap subur dalam diri kita, serta bertambah-tambah pula kasih kita ke atas baginda. Mohon dikurniakan kekuatan untuk terus memperjuangkan agama suci (Islam) yang telah diamanahkan baginda buat kita selaku khairah ummah..amin.


Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W.


Salam Maulidur Rasul. Wassalam.


Tuesday, January 11, 2011

Permohonan VTO - CIAST, Julai 2011 - Kini Dibuka!

Assalamualaikum wbt... Salam Ceria... :-)

Sekadar berkongsi info dengan anda, khususnya lepasan SKM. Rebutlah peluang untuk mengikuti kursus Vocational Training Officer (VTO) di CIAST, Shah Alam.


Oh ya.. VTO ni apa sebenarnya? Best ke bila dah ada kelayakan VTO, khususnya di CIAST ni? Ha..nak tahu best ke tak, kena la rujuk mereka yang dah pernah ambil kursus ni..hehe. 
Apapun, dari pengalaman saya sendiri, memang BEST!. Peluang kerja pun cerah, insya'Allah, yang penting niat kena betul, usaha dan matlamat nak jadi pengajar yang betul-betul kompeten tu juga penting.

Berapa lama lak tempoh kursus ni? Ehm..tak la lama pun, lebih kurang 9 bulan je (3 bulan kat CIAST + 6 bulan Internship). Kejap je tu..lagipun, berbaloi! Pasaran kerja untuk pengajar kemahiran ni pun terbuka luas di seluruh negara, insya'Allah.

Jadi..kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang VTO ni, boleh la klik di Sini.

* PTSM & JSK @ JPSM sekalian yang berminat jadi tenaga pengajar tu, apa tunggu lagi? Isi borang cepat-cepat dan jangan lupa kongsi info dengan yang lain juga k..

Maklumat lanjut dan borang permohonan, boleh dapatkan di Sini.

All d' Best! :-)

~ Wassalam ~

Saturday, January 1, 2011

Salam Tahun Baru 2011M~1432H


Assalamualaikum wbt..salam tahun baru istimewa buat anda yang saya hargai selaku sahabat dan rakan yang mengikuti blog ni, mahupun yang baru sahaja berkunjung ke sini. Selamat datang dan salam ceria buat anda semua. Pejam celik, kita dahpun melangkah ke tahun baru, malah umat Islam telahpun meraihkannya lebih awal. Muharram akan kita tinggalkan, bagai tak terasa Safar pula menjengah.

Ehm..tahun baru sinonim dengan azam baru..anda bagaimana? Jom mulakan tahun baru Hijrah dan masihi ni dengan niat, azam dan usaha yang lebih baik untuk dapat yang lebih baik, demi meraih redha Allah dan kebahagiaan di dunia jua akhirat nanti, insya'Allah.

Tahniah diucapkan bagi anda yang dah capai azam lalu..tahun ni camana pulak? Pastinya setelah muhasabah pencapaian diri dan azam lalu, seharusnya kita dah ada azam baru. Paling tidakpun berusaha lebih lagi untuk realisasikan azam lalu yang belum tercapai. Insya'Allah pasti boleh! Antaranya, semak plan dan strategi jika perlu ubah agar lebih jelas, kuatkan tekad, pilih untuk bertindak dan lebih fokus dengan azam yang hendak dicapai, insya'Allah..kita akan dapat lihat hasilnya.

Sebaiknya, azam dimulakan dengan niat yang baik, matlamat selari dengan tuntutan syariat, begitu juga dengan jalan untuk mencapainya, sehingga membuahkan kemaslahatan buat diri, keluarga dan ummah..insya'Allah. Moga azam anda semua tercapai hendaknya, amin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Setakat ni je dulu..Ceria selalu dan moga coretan ni sedikit sebanyak menjadi pemangkin untuk merubah diri, seterusnya meraih kejayaan yang lebih bermakna, insya'Allah. Salam tahun baru..senyum selalu, wassalam.

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner