BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Wednesday, April 21, 2010

Program Motivasi @ ILTP, JPSM


Assalamualaikum wbt.. Salam Motivasi dan penuh Ceria buat anda.. :-)


Alhamdulillah, kita bersua lagi. Maaf, agak lama juga tidak berkesempatan memasukkan artikel terbaru di blog ini.






Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda iaitu berkaitan Program Motivasi Ambang Kerjaya, ILTP 2010 yang akan berlangsung esok, 22 April 2010 (Khamis), 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari, insya'Allah. 


Para pelatihku, Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (PTSM), malah saya sendiripun kini kian berdebar menantikan program ini dilaksanakan. 



Ia merupakan program motivasi yang julung kali dianjurkan dan dikendalikan sendiri oleh pelatih PTSM. Saya berbangga dengan semangat dan ketekunan mereka, bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 


Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun saya sering berpesan agar mereka terus bermotivasi dan yakin dengan kerja yang mereka lakukan.


Dalam kesibukan memantau perancangan dan kerja-kerja persiapan program, saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama anda, pengunjung setia blog ini. 



Pengisian program kali ini memuatkan sesi ceramah bertajuk “Tips Pengurusan Stres”, disusuli beberapa aktiviti motivasi yang diolah khas, menepati tema program iaitu “Motivasi Interaktif”. Malah, turut diselitkan cabutan tiket bertuah sebagai daya tarikan, dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.



Moga cetusan idea menganjurkan program seperti ini, dapat menjadi pemangkin ke arah menjana tenaga mahir yang berkebolehan, serta bermotivasi tinggi dalam mengharungi cabaran dunia kerjaya pada masa hadapan. 



Doakan juga program ini berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan semua pelatih PTSM terampil cemerlang dalam tugasan mereka, amin. 


Buat semua pelatihku yang dikasihi..

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

 
"Kalau nak terampil cemerlang, pastikan motivasi menjadi tunjangnya" 


Hehe..Lupa pula, program ini akan menampilkan penceramah jemputan yang memang berkredibiliti dan berpengalaman luas mengendalikan siri motivasi di pelbagai institusi seluruh Sabah. Malah, beliau merupakan Pensyarah di OUM, Kota Kinabalu dan juga mantan graduan dari luar negara, juga pernah terlibat dalam penerbitan dokumentari tempatan untuk rancangan National Geographic.

Ehm..Siapa gerangannya? Nantikan dalam paparan artikel yang akan datang.


Setakat ini dahulu. Ada kerja lagi nak disiapkan lepas ni. 

Moga PTSM terus cemerlang!


Sekian, insya'Allah jumpa lagi... Salam Motivasi.  



Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner