BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Saturday, February 6, 2010

"Rekreasi Minda Lestari" - Part 1


Alhamdulillah... Pada 29 hingga 31 Januari 2010, program lawatan sambil belajar yang telah dirancang sejak tahun lalu, akhirnya berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan seramai 15 orang Pelatih Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), yang mengikuti program Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (PTSM), diiringi 3 orang pegawai termasuk penulis sendiri selaku Pegawai Penilai (PP).

Program ini juga dikenali sebagai Program Jati Diri PTSM Sesi 2009/10 dengan tema tersendiri, iaitu "Rekreasi Minda Lestari" dan telah dilaksanakan berdasarkan proposal yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan Pusat Bertauliah (PB), JPSM. Destinasi pilihan adalah  daerah Ranau, Sabah.  

Memandangkan ia adalah bagi memenuhi keperluan pakej latihan dan pembelajaran (Meeting Management & Travel Arrangement) kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Tahap 3, program ini telah dirancang dengan teliti oleh pelatih PTSM sendiri dengan panduan dan bimbingan daripada PP. 

Destinasi menarik yang dilawati adalah sekitar lokasi penginapan Slagon Homestay, yang terletak di Kg. Silaou, lebih kurang 15 minit perjalanan dari pekan Ranau. Kami begitu bertuah kerana, pihak penginapan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej menarik termasuk aktiviti memancing, lawatan ke Tugu Bersejarah - "The Last War Camp" dan Hiking di Pialungan Park secara percuma.

Selain itu, destinasi utama pada hari kedua pastilah yang melibatkan aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan, terutama bagi mereka yang belum pernah ke Poring Hot Spring. Di sini, pelatih berkesempatan merasai sendiri pengalaman meniti jambatan atas pokok (Canopy Walkway), setelah terpaksa mendaki bukit yang agak curam dengan ketinggian mencecah 1,000 meter.

Penulis sendiri begitu teruja, walaupun ini bukanlah kali pertama mengikuti aktiviti lasak seperti ini. Pemandangan di sini amat memukau, lebih-lebih lagi ketika berada di stesen ke-3, iaitu stesen terakhir. Di sini, kami dapat menyaksikan pemandangan banjaran Crooker yang luas menghijau, sayup mata memandang, melalui celahan pokok-pokok yang menceracak tinggi, serta menikmati kicauan beburung dan deruan air terjun yang berada di bawah canopy.

Kiranya, berbaloi juga bekalan stamina melalui aktiviti jogging beberapa minggu lalu, sebagai persediaan mengikuti aktiviti sebegini. Jika tidak, pastinya cabaran ini agak sukar  diatasi, khususnya bagi mereka gayat berada di tempat tinggi. Aktiviti ini pastinya menuntut kekuatan fizikal, juga ketahanan mental. Malah, semasa mendaki kami telah terserempak dengan pelancong luar negara, yang terpaksa berpatah balik menuruni laluan berbukit, kerana tidak sanggup meniti laluan Canopy Walkway yang begitu tinggi. 

Namun, cabaran ini tidak mematahkan semangat kumpulan pelatih PTSM dan terbukti kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, setelah berjaya meniti laluan canopy hingga ke stesen terakhir. Alhamdulillah...

Setakat ini dahulu..nantikan coretanseterusnya  yang lebih menarik..jumpa anda selepas ini, insya'Allah. Wassalam.
Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner