BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Wednesday, February 24, 2010

Artikel iLuvislam : Salam Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum.. Salam ceria buat anda semua...

Selawat dan Salam buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W..

Sejenak mari kita renungkan, sebagai umat Nabi Muhammad yang begitu disanjung tinggi, adakah diri kita telah benar-benar mencintai Baginda S.A.W?
Kali ini saya kongsikan sebuah artikel menarik untuk kita telusuri bersama...

Jom Klik untuk paparan penuh artikel "Saya Cintakan Rasulullah S.A.W" : iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam  

Moga bertambah-tambah kecintaan kita terhadap Nabi S.A.W. dan bersama sebar luaskan ajaran baginda, sebagai bekalan meniti hidup di dunia fana hinggalah ke akhirat kelak. Insya'Allah. 

Salam Ukhuwahfillah..Salam Maulidur Rasul.

Tuesday, February 23, 2010

Titanic & Sikap Berjimat - Tanggapan anda..???


Bismillah.. Salam Ceria buat anda dan terima kasih kerana sudi bertandang ke laman ini.

Ehmm..Titanic? Pasti anda tahu..TAPI... Apa kaitannya dengan Sikap Berjimat??? 
Nak TAHU..? Jom baca artikel kali ini...

1.    berjimat sama dengan menahan segala kemahuan
2.    banyak benda yang tidak saya dapat dibeli
3.    rasa rendah diri memakai barangan murah
4.    takut digelar kedekut
5.    menjadi bahan umpatan jiran

Kira-kira lebih 100 tahun lalu, satu peristiwa telah berlaku. Titanic pada masa itu dianggap sebagai kapal terbesar yang paling selamat di dunia dan tidak mungkin karam. Begitulah anggapan mereka pada masa itu.
 
“Mustahil sama sekali!” Pengarah Urusan White Star Line (syarikat yang memiliki Titanic) menegaskan.

“Kami telah membina dua lapis dinding yang tebal dan tahan di bahagian bawah badannya. Jika ianya karam sekalipun, masih terdapat 16 ruangan yang tidak akan dimasuki air. Jadi kapal kami tetap adalah yang paling selamat.” Tambah jurutera dan pegawai White Star Line.

Para penumpang tidak diberi penerangan langkah keselamatan apatah lagi cara-cara menghadapi kecemasan. Bot-bot keselamatan yang disediakan pun paling baik hanya dapat menampung 1/3 dari jumlah penumpang. Anak-anak kapal menjalankan tugas sambil lewa dengan hanya memerhatikan laut di depan dalam kegelapan malam, malah mengabaikan beberapa amaran awal yang diterima mengenai ketulan ais besar yang terapung di hadapan kerana amat yakin Titanic tidak akan tenggelam. Bukan mereka saja, para penumpang, kapal-kapal lain dan orang ramai juga berkeyakinan sedemikian. Titanic tidak mungkin akan karam, bergema dan berulang-ulang di kotak pemikiran mereka.

Tapi kita semua tahu apa yang telah berlaku kini. Pada akhir cerita, Titanic bukan sahaja boleh karam tetapi boleh juga mengorbankan lebih kurang 1 513 nyawa. Apa yang menyedihkan, bukan Titanic tidak mendapat amaran atau tanda-tanda awal tetapi mereka tidak mengendahkannya. Sebagai tambahan, sekiranya para penumpang mengubah tanggapan dan percaya Titanic boleh karam, proses memindahkan mereka ke dalam bot-bot keselamatan akan menjadi lebih lancar dan efisen. Berkemungkinan besar angka korban tidak akan melebihi 1000 orang.

Lebih daripada itu, adakah anda tahu penyumbang utama kepada tragedi ngeri tersebut? Biar saya beritahu. Anggapan yang silap. Itulah jawapannya tuan-tuan. Anggapan-anggapan silap ini akan menyebabkan persepsi kita menjadi berat sebelah. Ini akan menyebabkan kita tidak mahu menerima bukti-bukti yang bertentangan dengan anggapan kita. Anda seolah-olah buta dengan apa yang sesungguhnya di hadapan dan hanya nampak  apa yang anda mahu lihat dan percaya sahaja.

Jadi mari bersama-sama kita buang sejauh mungkin ketakutan dan anggapan silap berkaitan jimat cermat dan penjimatan seperti yang disenaraikan di awal-awal artikel ini. Agar anda dapat melihat kebaikan dan keuntungannya. Oh ya.. dan supaya proses memindahkan anda ke dalam bot keselamatan berjalan dengan licin maka dengan itu anda tidak akan menjadi angka korban yang seterusnya..

Sesungguhnya berjimat adalah cara yang paling ideal menjalani kehidupan ini. Jimat cermat dan penjimatan adalah untuk masa depan anda sendiri. Penjimatan melambangkan kebijaksanaan anda. Penjimatan mencerminkan pandangan anda jauh ke hadapan sehingga menembusi dinding-dinding, halangan-halangan, masa-masa sukar, ketidaktentuan ekonomi, kesempitan wang atau memerlukannya dengan kadar yang segera.

Kebetulan, satu kesempatan yang baik telah sampai kepada anda. Satu peluang yang jarang-jarang hadir. Kalau hadir pun, ia memerlukan kos untuk anda mendapat faedahnya. PPL Keajaiban Penjimatan muncul sesekali dalam seketika. Kita tidak akan tahu bila perkara sebegini akan muncul lagi. PPL ini hadir bersama eBook, e-Kursus, Panduan Ringkas, Template Helaian Kerja dan langganan newsletter. Saya berani katakan, ini adalah di antara beberapa tawaran percuma terbaik yang pernah diberikan oleh mana-mana pihak di negara kita. Manakan tidak, pengetahuan ini sesuai diaplikasikan di semua masa, tidak kira susah atau senang. Pengetahuan ini juga membawa kebaikan kepada diri serta keluarga anda. Saya tidak tahu mahu katakan apa lagi andai perkara sebaik ini pun anda lepaskan. Anda boleh lihat sendiri tawaran ini di pautan ini [http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=Srikandi115]. 

Saturday, February 6, 2010

"Rekreasi Minda Lestari" - Part 1


Alhamdulillah... Pada 29 hingga 31 Januari 2010, program lawatan sambil belajar yang telah dirancang sejak tahun lalu, akhirnya berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan seramai 15 orang Pelatih Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), yang mengikuti program Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (PTSM), diiringi 3 orang pegawai termasuk penulis sendiri selaku Pegawai Penilai (PP).

Program ini juga dikenali sebagai Program Jati Diri PTSM Sesi 2009/10 dengan tema tersendiri, iaitu "Rekreasi Minda Lestari" dan telah dilaksanakan berdasarkan proposal yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan Pusat Bertauliah (PB), JPSM. Destinasi pilihan adalah  daerah Ranau, Sabah.  

Memandangkan ia adalah bagi memenuhi keperluan pakej latihan dan pembelajaran (Meeting Management & Travel Arrangement) kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Tahap 3, program ini telah dirancang dengan teliti oleh pelatih PTSM sendiri dengan panduan dan bimbingan daripada PP. 

Destinasi menarik yang dilawati adalah sekitar lokasi penginapan Slagon Homestay, yang terletak di Kg. Silaou, lebih kurang 15 minit perjalanan dari pekan Ranau. Kami begitu bertuah kerana, pihak penginapan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej menarik termasuk aktiviti memancing, lawatan ke Tugu Bersejarah - "The Last War Camp" dan Hiking di Pialungan Park secara percuma.

Selain itu, destinasi utama pada hari kedua pastilah yang melibatkan aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan, terutama bagi mereka yang belum pernah ke Poring Hot Spring. Di sini, pelatih berkesempatan merasai sendiri pengalaman meniti jambatan atas pokok (Canopy Walkway), setelah terpaksa mendaki bukit yang agak curam dengan ketinggian mencecah 1,000 meter.

Penulis sendiri begitu teruja, walaupun ini bukanlah kali pertama mengikuti aktiviti lasak seperti ini. Pemandangan di sini amat memukau, lebih-lebih lagi ketika berada di stesen ke-3, iaitu stesen terakhir. Di sini, kami dapat menyaksikan pemandangan banjaran Crooker yang luas menghijau, sayup mata memandang, melalui celahan pokok-pokok yang menceracak tinggi, serta menikmati kicauan beburung dan deruan air terjun yang berada di bawah canopy.

Kiranya, berbaloi juga bekalan stamina melalui aktiviti jogging beberapa minggu lalu, sebagai persediaan mengikuti aktiviti sebegini. Jika tidak, pastinya cabaran ini agak sukar  diatasi, khususnya bagi mereka gayat berada di tempat tinggi. Aktiviti ini pastinya menuntut kekuatan fizikal, juga ketahanan mental. Malah, semasa mendaki kami telah terserempak dengan pelancong luar negara, yang terpaksa berpatah balik menuruni laluan berbukit, kerana tidak sanggup meniti laluan Canopy Walkway yang begitu tinggi. 

Namun, cabaran ini tidak mematahkan semangat kumpulan pelatih PTSM dan terbukti kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, setelah berjaya meniti laluan canopy hingga ke stesen terakhir. Alhamdulillah...

Setakat ini dahulu..nantikan coretanseterusnya  yang lebih menarik..jumpa anda selepas ini, insya'Allah. Wassalam.

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner