BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Sunday, October 31, 2010

Petua Mencuci Hati

Assalamualaikum w.b.t..




Moga anda semua sihat sejahtera...
Insya'Allah sihat fizikal, minda, jiwa juga HATI.
Berkisar soal hati. Jika hati kita tidak bersih / suci..apa akan terjadi?
Pasti banyak perkara negatif yang akan menjadi rencah kehidupan sehari-hari.

Buktinya, lihatlah di sekeliling kita..kemungkaran berleluasa di sana sini. Semuanya, bertitik tolak daripada masalah hati. Hati tercemar, penuh noda dosa, hingga lalai dan leka, menjadikan ramai yang terpedaya dengan dunia. Lupa, alpa akan tuntutan mengikut syariat yang ditentukanNya.

Tidak dapat disangkal betapa penting kita menjaga hati. Kerana hanya dengan hati yang bersih dan suci, ilmu, hidayah dan rahmat Illahi mudah diperoleh. Jom sama-sama kita jaga hati agar terhindar daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan taqwa dalam diri.

Di sini dikongsikan artikel menarik buat panduan agar hati-hati kita terpelihara daripada perkara-perkara yang merosakkan dan seterusnya menjadi hati yang sentiasa mendapat petunjuk Illahi. Insya'Allah.

Klik Di Sini : Petua Mencuci Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Wassalam

Friday, September 10, 2010

Assalamualaikum wbt..
Salam Aidilfitri buat semua umat Islam, istimewa buat anda yang berkunjung ke blog ini..Maaf Zahir Batin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 8, 2010

Terkini - MPW1133 Pengajian Malaysia


Assalamualaikum wbt.. Salam ceria buat anda semua ...

Entri kali ni, khusus buat para pelajar DIM yang mengambil subjek Pengajian Malaysia. Dah sedia untuk  menjalani Ujian pada 24 September 2010 ni? (Jam 2.00 ptg di Bilik Kuliah 002). Pastikan anda ulangkaji awal k..ujian mencakupi Bab 1 hingga 6 sahaja.

Juga, jangan lupa hantar Tugasan sebelum atau selewat-lewatnya 27 September 2010 (sebelum jam 12.00 t/hari).

Harap semua pelajar lebih bersedia dan dapat memperoleh markah terbaik nanti..insya'Allah. All The Best! :-)

Sambil-sambil tu, sempena memperingati hari Kemerdekaan Negara..jom klik pautan ini (http://www.i-putra.com.my/) ATAU tengok dulu montaj ini.. (rujukan tambahan bagi Bab 8 - Sistem Kabinet).

Perdana Menteri - 1#

Perdana Menteri - 2#

Perdana Menteri - 3#

Perdana Menteri - 4#

Perdana Menteri - 5#

Sumber : Dipetik dari Laman Web Rasmi BKPP, Jabatan Perdana Menteri http://www.kabinet.gov.my/? (DiKemaskini kali terakhir pada 12.08.2008)


Perdana Menteri - 6#

Dato' Sri Najib Tun Razak (2009 - kini)

Thursday, August 26, 2010

Slaid : Pengajian Malaysia

Salam Jumaat mubarak.. moga anda sihat sejahtera hendaknya.

Perkongsian kali ni adalah berbentuk slaid, yang boleh dijadi rujukan tambahan, khususnya pelajar Diploma Multimedia (Sem. 1), KYS Animation

Jangan lupa tarikh-tarikh penting ni :
  • Pembentangan : 2/9/2010 (Khamis)
  • Kuiz 2 : 6/9/2010 (Isnin)
  • Ujian : 23/92010 (Khamis)
Selamat menyiapkan tugasan dan membuat persediaan awal untuk Kuiz dan Ujian lepas raya ni..insya'Allah. All the Best!. :-)

Wednesday, August 25, 2010

Sami Yusuf - You Came to Me




You came to me
And I were of me
When I was so lone, so lonely
You came to me
Took my breath away
Show me the right way
Way to live

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

Allah humma solli ala sayidina mustofa.. mustofa 
Ala habibika nabiyika, mustofa.. 

*Lovely song.. favorite singer.. :-)

Monday, August 16, 2010

Ramadan & Tempat Kerja Baru...

Alhamdulillah...menjelang Ramadan kali ni, saya telahpun pindah ke tempat kerja baru. Penuh dengan suasana baru, bos baru, rakan kerja baru, semangat kerja pun baru, hehe..

Apa taknya, pejabat baru siap diubahsuai bulan Jun lalu dan telah mula beroperasi sejak awal Julai 2010. Ia merupakan studio @ pusat latihan bagi kursus Sijil (Artis Multimedia) dan Diploma (Animasi & Multimedia) dengan kerjasama KYS-UniKL.

Kalau sebelum ni, lokasi tempat kerja agak jauh dari bandar. Kini, pejabat terletak di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Nak pergi kerja pun senang, balik kampung pun dah dekat sikit. Jimat masa, kos dan tenaga, insya'Allah. Paling 'best', nak pergi solat terawih pun dekat, tak perlu tergesa-gesa berkejar masa. Hanya perlu menapak dalam beberapa minit untuk ke Masjid Negeri, yang terletak berhampiran kawasan tempat tinggal. Alhamdulillah..moga terus diberi kekuatan dan kelapangan untuk istiqamah melaksanakan ibadah kepadaNya, terutama sepanjang bulan ramadan yang dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda, insya'Allah.

Rasa syukur sangat dan terima kasih tak terhingga buat bos dan sahabatku yang memberi peluang untukku bertugas kembali di institusi ini. Walaupun sebelum ni pernah bekerja dengan majikan yang sama, namun kini nyata berbeza. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang tempoh setahun ketiadaanku di institusi ini. Paling mengujakan, aku kini kembali dengan azam baru dan bekerja di unit yang ternyata telah berjaya melonjakkan nama institusi ini. 

Tahniah juga buat bosku.. Banyak pengorbanan yang dicurahkan untuk merealisasikan inspirasi luar biasa beliau, sehingga berjaya membuka studio yang kedua yang menjadi tumpuan ramai, termasuk delegasi dari Australia dan Brunei serta pihak pengurusan UNIKL sendiri yang datang melawat studio baru-baru ini.

Setakat ni dulu, Salam Ramadan mubarak istimewa buat seluruh KYS 'Animation Team', staff & pelatihku di JPSM, pelajarku di KYS, serta buat anda pengunjung setia mahupun baru di blog ini. Moga kita semua dipelihara kesihatan, dilimpahi berkat berpanjangan..amin.


Wednesday, May 12, 2010

Nak Pantas Menaip? Insya'Allah Boleh!

36 perkataan

Salam... Saya baru melayari laman Telaga Biru dan tertarik dengan ujian kepantasan menaip ini. Mudah dan Praktikal. Saya sendiri dah cuba, keputusan saya taklah bagus sangat. Alhamdulillah..

Saya berjaya menaip 245 aksara seminit

Saya mendapat 36 perkataan betul dan

Saya mendapat 0 perkataan salah.

Saya mencapai 194 markah, jadi saya berada di posisi 1920 daripada 9481 dalam senarai kedudukan.

Anda bagaimana? Selamat mencuba... Wassalam :-)


Wednesday, April 21, 2010

Program Motivasi @ ILTP, JPSM


Assalamualaikum wbt.. Salam Motivasi dan penuh Ceria buat anda.. :-)


Alhamdulillah, kita bersua lagi. Maaf, agak lama juga tidak berkesempatan memasukkan artikel terbaru di blog ini.






Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda iaitu berkaitan Program Motivasi Ambang Kerjaya, ILTP 2010 yang akan berlangsung esok, 22 April 2010 (Khamis), 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari, insya'Allah. 


Para pelatihku, Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (PTSM), malah saya sendiripun kini kian berdebar menantikan program ini dilaksanakan. 



Ia merupakan program motivasi yang julung kali dianjurkan dan dikendalikan sendiri oleh pelatih PTSM. Saya berbangga dengan semangat dan ketekunan mereka, bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 


Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun saya sering berpesan agar mereka terus bermotivasi dan yakin dengan kerja yang mereka lakukan.


Dalam kesibukan memantau perancangan dan kerja-kerja persiapan program, saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama anda, pengunjung setia blog ini. 



Pengisian program kali ini memuatkan sesi ceramah bertajuk “Tips Pengurusan Stres”, disusuli beberapa aktiviti motivasi yang diolah khas, menepati tema program iaitu “Motivasi Interaktif”. Malah, turut diselitkan cabutan tiket bertuah sebagai daya tarikan, dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.



Moga cetusan idea menganjurkan program seperti ini, dapat menjadi pemangkin ke arah menjana tenaga mahir yang berkebolehan, serta bermotivasi tinggi dalam mengharungi cabaran dunia kerjaya pada masa hadapan. 



Doakan juga program ini berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan semua pelatih PTSM terampil cemerlang dalam tugasan mereka, amin. 


Buat semua pelatihku yang dikasihi..

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

 
"Kalau nak terampil cemerlang, pastikan motivasi menjadi tunjangnya" 


Hehe..Lupa pula, program ini akan menampilkan penceramah jemputan yang memang berkredibiliti dan berpengalaman luas mengendalikan siri motivasi di pelbagai institusi seluruh Sabah. Malah, beliau merupakan Pensyarah di OUM, Kota Kinabalu dan juga mantan graduan dari luar negara, juga pernah terlibat dalam penerbitan dokumentari tempatan untuk rancangan National Geographic.

Ehm..Siapa gerangannya? Nantikan dalam paparan artikel yang akan datang.


Setakat ini dahulu. Ada kerja lagi nak disiapkan lepas ni. 

Moga PTSM terus cemerlang!


Sekian, insya'Allah jumpa lagi... Salam Motivasi.  



Wednesday, February 24, 2010

Artikel iLuvislam : Salam Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum.. Salam ceria buat anda semua...

Selawat dan Salam buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W..

Sejenak mari kita renungkan, sebagai umat Nabi Muhammad yang begitu disanjung tinggi, adakah diri kita telah benar-benar mencintai Baginda S.A.W?
Kali ini saya kongsikan sebuah artikel menarik untuk kita telusuri bersama...

Jom Klik untuk paparan penuh artikel "Saya Cintakan Rasulullah S.A.W" : iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam  

Moga bertambah-tambah kecintaan kita terhadap Nabi S.A.W. dan bersama sebar luaskan ajaran baginda, sebagai bekalan meniti hidup di dunia fana hinggalah ke akhirat kelak. Insya'Allah. 

Salam Ukhuwahfillah..Salam Maulidur Rasul.

Tuesday, February 23, 2010

Titanic & Sikap Berjimat - Tanggapan anda..???


Bismillah.. Salam Ceria buat anda dan terima kasih kerana sudi bertandang ke laman ini.

Ehmm..Titanic? Pasti anda tahu..TAPI... Apa kaitannya dengan Sikap Berjimat??? 
Nak TAHU..? Jom baca artikel kali ini...

1.    berjimat sama dengan menahan segala kemahuan
2.    banyak benda yang tidak saya dapat dibeli
3.    rasa rendah diri memakai barangan murah
4.    takut digelar kedekut
5.    menjadi bahan umpatan jiran

Kira-kira lebih 100 tahun lalu, satu peristiwa telah berlaku. Titanic pada masa itu dianggap sebagai kapal terbesar yang paling selamat di dunia dan tidak mungkin karam. Begitulah anggapan mereka pada masa itu.
 
“Mustahil sama sekali!” Pengarah Urusan White Star Line (syarikat yang memiliki Titanic) menegaskan.

“Kami telah membina dua lapis dinding yang tebal dan tahan di bahagian bawah badannya. Jika ianya karam sekalipun, masih terdapat 16 ruangan yang tidak akan dimasuki air. Jadi kapal kami tetap adalah yang paling selamat.” Tambah jurutera dan pegawai White Star Line.

Para penumpang tidak diberi penerangan langkah keselamatan apatah lagi cara-cara menghadapi kecemasan. Bot-bot keselamatan yang disediakan pun paling baik hanya dapat menampung 1/3 dari jumlah penumpang. Anak-anak kapal menjalankan tugas sambil lewa dengan hanya memerhatikan laut di depan dalam kegelapan malam, malah mengabaikan beberapa amaran awal yang diterima mengenai ketulan ais besar yang terapung di hadapan kerana amat yakin Titanic tidak akan tenggelam. Bukan mereka saja, para penumpang, kapal-kapal lain dan orang ramai juga berkeyakinan sedemikian. Titanic tidak mungkin akan karam, bergema dan berulang-ulang di kotak pemikiran mereka.

Tapi kita semua tahu apa yang telah berlaku kini. Pada akhir cerita, Titanic bukan sahaja boleh karam tetapi boleh juga mengorbankan lebih kurang 1 513 nyawa. Apa yang menyedihkan, bukan Titanic tidak mendapat amaran atau tanda-tanda awal tetapi mereka tidak mengendahkannya. Sebagai tambahan, sekiranya para penumpang mengubah tanggapan dan percaya Titanic boleh karam, proses memindahkan mereka ke dalam bot-bot keselamatan akan menjadi lebih lancar dan efisen. Berkemungkinan besar angka korban tidak akan melebihi 1000 orang.

Lebih daripada itu, adakah anda tahu penyumbang utama kepada tragedi ngeri tersebut? Biar saya beritahu. Anggapan yang silap. Itulah jawapannya tuan-tuan. Anggapan-anggapan silap ini akan menyebabkan persepsi kita menjadi berat sebelah. Ini akan menyebabkan kita tidak mahu menerima bukti-bukti yang bertentangan dengan anggapan kita. Anda seolah-olah buta dengan apa yang sesungguhnya di hadapan dan hanya nampak  apa yang anda mahu lihat dan percaya sahaja.

Jadi mari bersama-sama kita buang sejauh mungkin ketakutan dan anggapan silap berkaitan jimat cermat dan penjimatan seperti yang disenaraikan di awal-awal artikel ini. Agar anda dapat melihat kebaikan dan keuntungannya. Oh ya.. dan supaya proses memindahkan anda ke dalam bot keselamatan berjalan dengan licin maka dengan itu anda tidak akan menjadi angka korban yang seterusnya..

Sesungguhnya berjimat adalah cara yang paling ideal menjalani kehidupan ini. Jimat cermat dan penjimatan adalah untuk masa depan anda sendiri. Penjimatan melambangkan kebijaksanaan anda. Penjimatan mencerminkan pandangan anda jauh ke hadapan sehingga menembusi dinding-dinding, halangan-halangan, masa-masa sukar, ketidaktentuan ekonomi, kesempitan wang atau memerlukannya dengan kadar yang segera.

Kebetulan, satu kesempatan yang baik telah sampai kepada anda. Satu peluang yang jarang-jarang hadir. Kalau hadir pun, ia memerlukan kos untuk anda mendapat faedahnya. PPL Keajaiban Penjimatan muncul sesekali dalam seketika. Kita tidak akan tahu bila perkara sebegini akan muncul lagi. PPL ini hadir bersama eBook, e-Kursus, Panduan Ringkas, Template Helaian Kerja dan langganan newsletter. Saya berani katakan, ini adalah di antara beberapa tawaran percuma terbaik yang pernah diberikan oleh mana-mana pihak di negara kita. Manakan tidak, pengetahuan ini sesuai diaplikasikan di semua masa, tidak kira susah atau senang. Pengetahuan ini juga membawa kebaikan kepada diri serta keluarga anda. Saya tidak tahu mahu katakan apa lagi andai perkara sebaik ini pun anda lepaskan. Anda boleh lihat sendiri tawaran ini di pautan ini [http://www.keajaibanpenjimatan.com/index.php?ref=Srikandi115]. 

Saturday, February 6, 2010

"Rekreasi Minda Lestari" - Part 1


Alhamdulillah... Pada 29 hingga 31 Januari 2010, program lawatan sambil belajar yang telah dirancang sejak tahun lalu, akhirnya berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan seramai 15 orang Pelatih Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), yang mengikuti program Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (PTSM), diiringi 3 orang pegawai termasuk penulis sendiri selaku Pegawai Penilai (PP).

Program ini juga dikenali sebagai Program Jati Diri PTSM Sesi 2009/10 dengan tema tersendiri, iaitu "Rekreasi Minda Lestari" dan telah dilaksanakan berdasarkan proposal yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan Pusat Bertauliah (PB), JPSM. Destinasi pilihan adalah  daerah Ranau, Sabah.  

Memandangkan ia adalah bagi memenuhi keperluan pakej latihan dan pembelajaran (Meeting Management & Travel Arrangement) kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Tahap 3, program ini telah dirancang dengan teliti oleh pelatih PTSM sendiri dengan panduan dan bimbingan daripada PP. 

Destinasi menarik yang dilawati adalah sekitar lokasi penginapan Slagon Homestay, yang terletak di Kg. Silaou, lebih kurang 15 minit perjalanan dari pekan Ranau. Kami begitu bertuah kerana, pihak penginapan turut menyediakan pelbagai kemudahan dan pakej menarik termasuk aktiviti memancing, lawatan ke Tugu Bersejarah - "The Last War Camp" dan Hiking di Pialungan Park secara percuma.

Selain itu, destinasi utama pada hari kedua pastilah yang melibatkan aktiviti luar yang mencabar dan menyeronokkan, terutama bagi mereka yang belum pernah ke Poring Hot Spring. Di sini, pelatih berkesempatan merasai sendiri pengalaman meniti jambatan atas pokok (Canopy Walkway), setelah terpaksa mendaki bukit yang agak curam dengan ketinggian mencecah 1,000 meter.

Penulis sendiri begitu teruja, walaupun ini bukanlah kali pertama mengikuti aktiviti lasak seperti ini. Pemandangan di sini amat memukau, lebih-lebih lagi ketika berada di stesen ke-3, iaitu stesen terakhir. Di sini, kami dapat menyaksikan pemandangan banjaran Crooker yang luas menghijau, sayup mata memandang, melalui celahan pokok-pokok yang menceracak tinggi, serta menikmati kicauan beburung dan deruan air terjun yang berada di bawah canopy.

Kiranya, berbaloi juga bekalan stamina melalui aktiviti jogging beberapa minggu lalu, sebagai persediaan mengikuti aktiviti sebegini. Jika tidak, pastinya cabaran ini agak sukar  diatasi, khususnya bagi mereka gayat berada di tempat tinggi. Aktiviti ini pastinya menuntut kekuatan fizikal, juga ketahanan mental. Malah, semasa mendaki kami telah terserempak dengan pelancong luar negara, yang terpaksa berpatah balik menuruni laluan berbukit, kerana tidak sanggup meniti laluan Canopy Walkway yang begitu tinggi. 

Namun, cabaran ini tidak mematahkan semangat kumpulan pelatih PTSM dan terbukti kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka, setelah berjaya meniti laluan canopy hingga ke stesen terakhir. Alhamdulillah...

Setakat ini dahulu..nantikan coretanseterusnya  yang lebih menarik..jumpa anda selepas ini, insya'Allah. Wassalam.

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner