BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Wednesday, September 9, 2009

Lahirnya Blog 09.09.09 (PTSM, ILTP)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih..

Syukur alhamdulillah.. akhirnya niatku tertunai iaitu untuk memberi peluang kepada semua pelatihku menghasilkan blog sendiri, akhirnya telahpun terlaksana. Lebih bermakna sempena ramadhan mulia, penuh barakah (19 Ramadhan 1430H). Juga sempena tarikh hanya sekali sepanjang zaman, 09 September 2009 (09.09.09).

Ia merupakan penghasilan blog yang julung-julung kali dibuat secara serentak melibatkan
15 orang pelatih PTSM, Tahap 3 (Penyelia Tadbir Sistem Maklumat), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Sabah. Berbekal sedikit ilmu dan panduan asas yang dikongsikan bersama, diharapkan semua pelatih dapat memanfaatkan blog yang anda bangunkan ke arah kebaikan berpanjangan, insya'Allah.

Pengisiannya, terpulang pada fokus, minat, kreativiti, kesungguhan diri pelatih sendiri dengan pelbagai variasi yang bakal mewarnai dunia blog, khususnya di ILTP, JPSM, Negeri di Bawah Bayu ini dan Malaysia juga dunia blog global amnya. Moga blog istimewa yang dilahirkan pada hari yang istimewa, pada bulan yang juga istimewa juga tentunya dihasilkan dari cetusan idea kreatif anda bakal mencetuskan lebih banyak perkongsian (pelbagai bentuk ilmu) yang bermanfaat. Bukan pula perkara-perkara yang membawa kepada kealpaan atau kerosakan. Na'uzubillah.

Tahniah dan semoga lakaran sejarah blog para pelatih yang ku kasihi kerana Allah, menjadi kenangan terindah yang membawa kepada kemaslahatan bersama dan kecemerlangan berpanjangan, amin. Tahniah sekali lagi kerana anda telahpun TERAMPIL Tahap 2 dan kini melangkah ke Tahap 3. Cabarannya pasti ada, hadapi dengan sabar, moga terus sukses dan tetap tidak jemu menimbah ilmu, bagi memantapkan lagi pencapaian juga blog sulung anda.


Jom tinjau antara blog 09.09.09 ini :
P/s Semua pelatihku dialu-alukan untuk 'Follow' blog ini dan blog rakan anda yang lain. 1 komuniti blog PTSM, 1 ILTP, 1 Malaysia! Wallhua'alam.








Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner