BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Kariim..


Salam Ramadhan Mubarak buat seluruh muslimin muslimat walau di mana jua berada. Salam ditujukan istimewa buat sahabat, teman, rakan, taulan jua kenalan yang sudi berkunjung ke blog ini.



Tibanya Ramadhan bulan nan mulia amatlah dinanti-nantikan. Ia adalah peluang keemasan yang datang hanya setahun sekali dengan dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda, bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah lain dalam bulan ini.





Moga kita semua dapat mengimarahkan lagi Ramadhan kali ini, dengan memanfaatkannya sebaik mungkin kerana ini mungkin Ramadhan terakhir buat diri kita. Sama-samalah kita tingkatkan kualiti ibadah kita untuk meraih Redha, Maghfirah dan RahmatNya yang tidak terhitung banyaknya. Insya'Allah.




Wednesday, August 12, 2009

Belangsukawa (Ustaz Asri - Rabbani)




"KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini. Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri." (Utusan)

Innalillahi wa innalilahi roji'un..
Allayarham Ustaz Mohd. Asri Ibrahim - Ketua Kumpulan Rabbani, disahkan meninggal akibat serangan jantung.

Industri nasyid kini kehilangan seorang lagi bintang yang bagi saya memang berbakat besar, serta seorang pejuang dakwah Islam yang disegani. Saya sendiri selaku peminat hasil karya beliau, turut berasa sedih atas pemergiannya. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Rasulullah s.a.w bersabda yang mahfumnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Ustaz Asri meninggal di usia 40 tahun. Kita pula? Kita sendiri tidak tahu, Allah yang Maha Mengetahui. Tapi yang pasti, detik kematian pasti akan tiba buat kita semua. Saat ajal menjelma, kita sudah tak mampu berbuat apa amal kebaikan. Seharusnyalah kita muhasabah diri dan menghargai setiap detik kehidupan di dunia ini, buat bekalan menghadap Illahi.

Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Semua sahabat karib, peminat nasyid, juga pendokong perjuangan dakwah Islamiyah, pasti turut merasakan kesedihan atas pemergiannya. Kelunakan alunan suara yang mendidik jiwa, pasti dirindui walau allahyarham telah kembali menemui Illahi dan pastinya takkan kembali lagi ke dunia ini.

Bersamalah kita mendoakan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.. Amin.



Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner