BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Tuesday, May 26, 2009

Internship VTO @ JPSM


Bismillah... Assalamualaikum wbt..
Salam ceria buat anda semua..


Terima kasih kerana terus sudi berkunjung ke laman ini..

Dlm kesibukan menjalani internship selaku VTO, lebih2 lg sesi Penilaian Akhir menjelang tiba..menjadikan masa dan ruang menjengah blog ini agak terbatas. Oh ya..Internship tu apa??? VTO??? Pernah dengar?
Bagi yg mengikuti perkembangan bidang kemahiran negara, pastinya tahu berkaitan perkara ni.. tp kalau nak maklumat lanjut bleh layari (www.ejpk.com.my) atau (www.ciast.gov.my).

Baiklah, entri kali nie adalah berkaitan internship (latihan mengajar) yg sedang saya jalani di salah sebuah institut latihan kemahiran atau dikenali sebagai Pusat Bertauliah, iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Institut ini terletak di Selatan Sabah, spesifik di daerah Papar.
Di mana la tempat ni??? Jauh dan agak terpencil, berhampiran dengan laut, terpaksa melalui kawasan perkampungan dan hanya dihubungkan dengan sebuah Pekan kecil dengan jalan raya yg agak sempit. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari bandaraya Kota Kinabalu.
Selama 6 bulan internship, elaun hanya 'cukup makan'.. Setakat tuk 'survive' sampai hujung bulan. Ehmm..ikutkan kalau nak balik kampung pun, kena fikir berkali-kali. Apatah lagi, rakan lain yg berasal dari daerah yg jauh seperti Tawau dan Sandakan. Kalau family tak support, alamat tak balik kampung la selama 6 bulan..huhu.. Takpe lah, dah nak habis pun..sabar2...

Oh ya.. Sebelum ditempatkan di sini, saya dan beberapa rakan lain seramai 5 orang telah menjalani kursus metodologi VTO di CIAST, Shah Alam selama 3 bulan. Insya'Allah, saya memang nak jadi pendidik, sebab tu ambil keputusan ikut kursus ni, walaupun terpaksa merantau... tak la lama, tapi terpaksa berjauhan dengan keluarga.. actually, saya mmg suka travel.. org kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Insya'Allah.
Berbalik pada entri kali nie, sebenarnya internship selama 6 bulan ni adalah setelah melalui proses penilaian khusus (teoritikal dan praktikal). Kemudian perlu diverifikasi oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran) dari JPK. Maknanya, saya perlu terampil dalam tempoh ditetapkan bagi melayakkan saya menyandang status selaku Tenaga Pengajar yg bertauliah dan dipersijilkan oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia..Insya'Allah.

Lagi satu, sebenarnya saya satu-satunya intern dari batch ke-2 yg ditempatkan di sini, bersama 4 intern lain dr batch 3. Rakan intern lain tu memang tidak pernah kenal pun sebelum ni. Bila dah duduk sekali di sini baru kenal perangai masing-masing. Peringkat awal, rasa agak terasing juga dengan mereka {1 + (4)}... Tambahan, beza umur yg agak ketara. Mereka rata-rata masih lingkungan awal 20-an. Saya pula...Uppss nak tahu..? Hehe..klu betul nak tahu, nt anda akan tahu juga..

Namun, saya bersyukur kerana masih dapat meneruskan latihan, walaupun agak terkemudian daripada rakan yg lain.
Ehmm..leceh sebenarnya apabila terpaksa tangguh sebelum nie.. lama plak tu.. 3 bulan. Fuhh.. Astaghfirullah... Manusia merancang, Tuhan jua yg Maha menentukan yg terbaik buat hambaNya.

Moga tersingkap hikmah d sebalik kejadian yg berlaku.. Saya hanya mampu terus b'doa, agar Allah membuka pintu rahmatNya, dipermudahkan untuk saya meneruskan latihan, dan seterusnya mendapat pekerjaan tetap seusai menjalani internship nanti..Insya'Allah.

Insya'Allah entri akan datang saya sambung lg cerita nie , dengan niat untuk memberi perkongsian yg positif, dalam proses melengkapkan diri ini selaku bakal tenaga pengajar yg akan mendidik anak bangsa agar menjadi insan cemerlang, bukan sahaja berbekal ilmu kemahiran di dunia, malah akhirat jua.. insya'Allah..

Lepas nie, mungkin agak lama baru kita bersua di ruang maya ni, kerana saya akan menempuh satu lagi sesi penilaian dengan kehadiran PPL pada 9 Jun 2009.. tunda ke 22 Jun 2009.. Ehmm.. Banyak kerja kena bereskan.. mengajar, log book, porfolio/laporan, bahan P&P (WIM / AVA) dll., jua persediaan nak buat pembentangan depan PPL nt, perlu disempurnakan sehabis baik, Insya'Allah.. Doakan saya key..
Pejam celik.. tak terasa dah nak tamat latihan pun pada penghujung Jun ni. Hehe.. Horeyyy... :-)
Buat anda, terima kasih atas kesudian menelusuri coretan nie.. Teruskan kunjungan anda dan kalau nak jadi member, join la...nak coretkan sebarang komen, jua amat dialu-alukan.. jangan segan jangan silu..insya'Allah lain kali kita akan bertemu..

Moga yg baik dapat dimanfaatkan, sebarang kekhilafan harap maafkan. Wallahua'alam..
Post a Comment

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner