BisMillah HirRahMaaNir Rahiim...

Sunday, November 22, 2009

SKM - Information System (IT-080)

IT-080-3 (Information System Administrative Supervisor)


Occupational Definition:




SKM LEVEL 2 (Operation and Production)

Competent in performing a significant range of varied work activities, performed in a variety of contexts. Some of the activities are non-routine and requires individual responsibility and autonomy.



SKM LEVEL 3 (Supervisory)

Competent in performing a broad range of varied work activities, performed in a variety of contexts, most of which are complex and non-routine. There is considerable responsibility and autonomy and control or guidance of others is often required.



SKM LEVEL 4 (Middle Managerial)
Competent in performing a broad range of complex technical or professional work activities performed in a wide variety of contexts and with a substantial degree of personal responsibility and autonomy. Responsibility for the work of others and allocation of resources is often present. Higher level of technical skilled should be demonstrated.


SKM LEVEL 5 (Managerial)
Competent in applying a significant range of fundamental principles and complex techniques across a wide and often unpredictable variety of contexts. Very substantial personal autonomy and often significant responsibility for the work of others and for the allocation of substantial resources features strongly, as do personal accountabilities for analysis, diagnosis, planning, execution and evaluation. Specialize technical skilled should be demonstrated.  


(http://www.ejpk.gov.my)

Monday, November 16, 2009

Perkongsian - Kisah berkenaan AZAN


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Alhamdulillah, baru sebentar tadi saya sempat meninjau beberapa laman blog rakan blogger yg lain dan saya begitu tertarik dengan artikel ini. Sesuatu yang amat bermakna untuk ditelusuri minda. Moga dapat sama-sama dimanfaatkan serta disebarluaskan, insya'Allah.

How Muslims Dress ~ Article @ iLuvIslam



Monday, October 19, 2009

Kebanyakan Penghuni Neraka adalah Wanita???


Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah..
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah...
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah...
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh...
Hiasilah peribadimu dengan akhlak terpuji...
Nilai diri seorang Muslimah Sejati.




Shared via AddThis

Sunday, September 27, 2009

Salam AidilFitri 1430H / 2009



Bismillah.. Salam Aidilfitri istimewa buat semua umat Islam di mana jua berada. Terutama kepada pengunjung setia laman ini.

Diharap segala salah silap sama ada disedari atau tidak dapatlah dimaafkan. Moga keberkatan Ramadhan yang kita telah lalui dapat memberi kekuatan bagi kita untuk meneruskan perjuangan hidup ini. Dalam kita bergembira, jangan lupa pada mereka yang berduka.

Kudoakan semua kita dapat sama-sama meraihkan hari mulia ini, dengan penuh kesyukuran diiringi limpahan rahmat Illahi, insya'Allah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 9, 2009

Lahirnya Blog 09.09.09 (PTSM, ILTP)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih..

Syukur alhamdulillah.. akhirnya niatku tertunai iaitu untuk memberi peluang kepada semua pelatihku menghasilkan blog sendiri, akhirnya telahpun terlaksana. Lebih bermakna sempena ramadhan mulia, penuh barakah (19 Ramadhan 1430H). Juga sempena tarikh hanya sekali sepanjang zaman, 09 September 2009 (09.09.09).

Ia merupakan penghasilan blog yang julung-julung kali dibuat secara serentak melibatkan
15 orang pelatih PTSM, Tahap 3 (Penyelia Tadbir Sistem Maklumat), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Sabah. Berbekal sedikit ilmu dan panduan asas yang dikongsikan bersama, diharapkan semua pelatih dapat memanfaatkan blog yang anda bangunkan ke arah kebaikan berpanjangan, insya'Allah.

Pengisiannya, terpulang pada fokus, minat, kreativiti, kesungguhan diri pelatih sendiri dengan pelbagai variasi yang bakal mewarnai dunia blog, khususnya di ILTP, JPSM, Negeri di Bawah Bayu ini dan Malaysia juga dunia blog global amnya. Moga blog istimewa yang dilahirkan pada hari yang istimewa, pada bulan yang juga istimewa juga tentunya dihasilkan dari cetusan idea kreatif anda bakal mencetuskan lebih banyak perkongsian (pelbagai bentuk ilmu) yang bermanfaat. Bukan pula perkara-perkara yang membawa kepada kealpaan atau kerosakan. Na'uzubillah.

Tahniah dan semoga lakaran sejarah blog para pelatih yang ku kasihi kerana Allah, menjadi kenangan terindah yang membawa kepada kemaslahatan bersama dan kecemerlangan berpanjangan, amin. Tahniah sekali lagi kerana anda telahpun TERAMPIL Tahap 2 dan kini melangkah ke Tahap 3. Cabarannya pasti ada, hadapi dengan sabar, moga terus sukses dan tetap tidak jemu menimbah ilmu, bagi memantapkan lagi pencapaian juga blog sulung anda.


Jom tinjau antara blog 09.09.09 ini :
P/s Semua pelatihku dialu-alukan untuk 'Follow' blog ini dan blog rakan anda yang lain. 1 komuniti blog PTSM, 1 ILTP, 1 Malaysia! Wallhua'alam.








Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Kariim..


Salam Ramadhan Mubarak buat seluruh muslimin muslimat walau di mana jua berada. Salam ditujukan istimewa buat sahabat, teman, rakan, taulan jua kenalan yang sudi berkunjung ke blog ini.



Tibanya Ramadhan bulan nan mulia amatlah dinanti-nantikan. Ia adalah peluang keemasan yang datang hanya setahun sekali dengan dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda, bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah lain dalam bulan ini.





Moga kita semua dapat mengimarahkan lagi Ramadhan kali ini, dengan memanfaatkannya sebaik mungkin kerana ini mungkin Ramadhan terakhir buat diri kita. Sama-samalah kita tingkatkan kualiti ibadah kita untuk meraih Redha, Maghfirah dan RahmatNya yang tidak terhitung banyaknya. Insya'Allah.




Wednesday, August 12, 2009

Belangsukawa (Ustaz Asri - Rabbani)




"KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini. Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri." (Utusan)

Innalillahi wa innalilahi roji'un..
Allayarham Ustaz Mohd. Asri Ibrahim - Ketua Kumpulan Rabbani, disahkan meninggal akibat serangan jantung.

Industri nasyid kini kehilangan seorang lagi bintang yang bagi saya memang berbakat besar, serta seorang pejuang dakwah Islam yang disegani. Saya sendiri selaku peminat hasil karya beliau, turut berasa sedih atas pemergiannya. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Rasulullah s.a.w bersabda yang mahfumnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Ustaz Asri meninggal di usia 40 tahun. Kita pula? Kita sendiri tidak tahu, Allah yang Maha Mengetahui. Tapi yang pasti, detik kematian pasti akan tiba buat kita semua. Saat ajal menjelma, kita sudah tak mampu berbuat apa amal kebaikan. Seharusnyalah kita muhasabah diri dan menghargai setiap detik kehidupan di dunia ini, buat bekalan menghadap Illahi.

Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Semua sahabat karib, peminat nasyid, juga pendokong perjuangan dakwah Islamiyah, pasti turut merasakan kesedihan atas pemergiannya. Kelunakan alunan suara yang mendidik jiwa, pasti dirindui walau allahyarham telah kembali menemui Illahi dan pastinya takkan kembali lagi ke dunia ini.

Bersamalah kita mendoakan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah.. Amin.



Monday, July 13, 2009

Salam Ceria...


Assalamualaikum w.b.t..
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W...


Salam Ceria :-) Istimewa buat anda..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kembali bersua di ruang maya ini.
Rindu rasanya kerana dah hampir sebulan tak
berkesempatan
melakar sesuatu buat tatapan anda semua.


Kali ni.. Jom.. Ceria-ceriakan diri..

Santai dan relakskan hati & minda seketika,
sambil menikmati keindahan alam semulajadi,
serta mensyukuri segala nikmat kurniaan Illahi yang tidak terperi.

SubhanAllah.. AlhamduLilLLah .. AllhuAkbar..


Tuesday, May 26, 2009

Internship VTO @ JPSM


Bismillah... Assalamualaikum wbt..
Salam ceria buat anda semua..


Terima kasih kerana terus sudi berkunjung ke laman ini..

Dlm kesibukan menjalani internship selaku VTO, lebih2 lg sesi Penilaian Akhir menjelang tiba..menjadikan masa dan ruang menjengah blog ini agak terbatas. Oh ya..Internship tu apa??? VTO??? Pernah dengar?
Bagi yg mengikuti perkembangan bidang kemahiran negara, pastinya tahu berkaitan perkara ni.. tp kalau nak maklumat lanjut bleh layari (www.ejpk.com.my) atau (www.ciast.gov.my).

Baiklah, entri kali nie adalah berkaitan internship (latihan mengajar) yg sedang saya jalani di salah sebuah institut latihan kemahiran atau dikenali sebagai Pusat Bertauliah, iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM). Institut ini terletak di Selatan Sabah, spesifik di daerah Papar.
Di mana la tempat ni??? Jauh dan agak terpencil, berhampiran dengan laut, terpaksa melalui kawasan perkampungan dan hanya dihubungkan dengan sebuah Pekan kecil dengan jalan raya yg agak sempit. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari bandaraya Kota Kinabalu.
Selama 6 bulan internship, elaun hanya 'cukup makan'.. Setakat tuk 'survive' sampai hujung bulan. Ehmm..ikutkan kalau nak balik kampung pun, kena fikir berkali-kali. Apatah lagi, rakan lain yg berasal dari daerah yg jauh seperti Tawau dan Sandakan. Kalau family tak support, alamat tak balik kampung la selama 6 bulan..huhu.. Takpe lah, dah nak habis pun..sabar2...

Oh ya.. Sebelum ditempatkan di sini, saya dan beberapa rakan lain seramai 5 orang telah menjalani kursus metodologi VTO di CIAST, Shah Alam selama 3 bulan. Insya'Allah, saya memang nak jadi pendidik, sebab tu ambil keputusan ikut kursus ni, walaupun terpaksa merantau... tak la lama, tapi terpaksa berjauhan dengan keluarga.. actually, saya mmg suka travel.. org kata jauh perjalanan, luas pemandangan. Insya'Allah.
Berbalik pada entri kali nie, sebenarnya internship selama 6 bulan ni adalah setelah melalui proses penilaian khusus (teoritikal dan praktikal). Kemudian perlu diverifikasi oleh PPL (Pegawai Pengesah Luaran) dari JPK. Maknanya, saya perlu terampil dalam tempoh ditetapkan bagi melayakkan saya menyandang status selaku Tenaga Pengajar yg bertauliah dan dipersijilkan oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia..Insya'Allah.

Lagi satu, sebenarnya saya satu-satunya intern dari batch ke-2 yg ditempatkan di sini, bersama 4 intern lain dr batch 3. Rakan intern lain tu memang tidak pernah kenal pun sebelum ni. Bila dah duduk sekali di sini baru kenal perangai masing-masing. Peringkat awal, rasa agak terasing juga dengan mereka {1 + (4)}... Tambahan, beza umur yg agak ketara. Mereka rata-rata masih lingkungan awal 20-an. Saya pula...Uppss nak tahu..? Hehe..klu betul nak tahu, nt anda akan tahu juga..

Namun, saya bersyukur kerana masih dapat meneruskan latihan, walaupun agak terkemudian daripada rakan yg lain.
Ehmm..leceh sebenarnya apabila terpaksa tangguh sebelum nie.. lama plak tu.. 3 bulan. Fuhh.. Astaghfirullah... Manusia merancang, Tuhan jua yg Maha menentukan yg terbaik buat hambaNya.

Moga tersingkap hikmah d sebalik kejadian yg berlaku.. Saya hanya mampu terus b'doa, agar Allah membuka pintu rahmatNya, dipermudahkan untuk saya meneruskan latihan, dan seterusnya mendapat pekerjaan tetap seusai menjalani internship nanti..Insya'Allah.

Insya'Allah entri akan datang saya sambung lg cerita nie , dengan niat untuk memberi perkongsian yg positif, dalam proses melengkapkan diri ini selaku bakal tenaga pengajar yg akan mendidik anak bangsa agar menjadi insan cemerlang, bukan sahaja berbekal ilmu kemahiran di dunia, malah akhirat jua.. insya'Allah..

Lepas nie, mungkin agak lama baru kita bersua di ruang maya ni, kerana saya akan menempuh satu lagi sesi penilaian dengan kehadiran PPL pada 9 Jun 2009.. tunda ke 22 Jun 2009.. Ehmm.. Banyak kerja kena bereskan.. mengajar, log book, porfolio/laporan, bahan P&P (WIM / AVA) dll., jua persediaan nak buat pembentangan depan PPL nt, perlu disempurnakan sehabis baik, Insya'Allah.. Doakan saya key..
Pejam celik.. tak terasa dah nak tamat latihan pun pada penghujung Jun ni. Hehe.. Horeyyy... :-)
Buat anda, terima kasih atas kesudian menelusuri coretan nie.. Teruskan kunjungan anda dan kalau nak jadi member, join la...nak coretkan sebarang komen, jua amat dialu-alukan.. jangan segan jangan silu..insya'Allah lain kali kita akan bertemu..

Moga yg baik dapat dimanfaatkan, sebarang kekhilafan harap maafkan. Wallahua'alam..

Monday, May 4, 2009

Trip to Labuan_Part 2

Salam pembaca sekelian...

Alhamdulillah, kali nie saya b'kesempatan utk upload bbrp entri utk tatapan pengunjung blog nie..

Buat tatapan anda beberapa petikan gambar dan peristiwa lg semasa kunjungan ke Pulau Mutiara..Khas untuk anda semua.. ;-)

Cutez baby..
Ehm rasa nak cubit je pipi dia...
Kebetulan duk kat depan kami
time dlm feri (Menumbok-Labuan).

Yuhu...Fai, dah sampai, duk jap sambil war2kn kt mber yg tinggal kt x sempat join..hehe..
Penatnyer..tp teruja nak exlpore byk tempat...

1st skali, uncel Lee b'baik hati bawa singgah kat UK.. upss?? Ujana Kewangan, shopping complex t'besar kat Labuan la kiranya..



















Ehmmm.. Titiey napa??? Teruja.. sbb ni la kali p'tama sampai kat tempat nie..tengok cam x p'caya je tengok banyaknya coklat.. cam tak percaya je :-)




Yen, Coklatttt? banyaknya kat belakang tu..


Jan tak p'caya tu la menara coklat
Ferra Rocher.. Yummy!!!
Love Chocolate!!! :-)


















Lay plak ngan white bear..ban
yak lg kat ctu..macam2 ada..












P/S Saya amat hargai kesabaran anda menantikan entri seterusnya.
Teruskan mengikuti blog ni, insya'Allah moga p'kongsian info d ruangan maya ni m'bawa manfaat.

Oleh itu, saya amat mengalu-alukan sebarang komen membina utk m'perbaiki lg pengisian blog ni pada masa akan dtg..Insya'Allah.

Terima kasih sekali lagi.. :-)

Sunday, May 3, 2009

Trip to Labuan-Part 1

30 April-03 Mei 2009 (Khamis-Ahad)

Alhamdulillah...plan nak ke Labuan tertunai gak akhirnya.
Kunjungan ke Labuan ni adalah kali ke-3, tapi merupakan trip kali pertama buat Lay & Titiey.
Kali ni pergi dengan 4 orang pelatih (PTSM)-Yen, Fai, Titiey & Lay.

Semua kira 'exited' gak nak sampai Labuan,
memandangkan saya sendiri dah beberapa bulan tak melawat keluarga di Labuan
(Pakcik Lee & Chiek Hawa).
Rasa x sabar nak jumpa adik pupu (Luqman) yg comel...


30.04.2009 (1.00 pm)
Aksi sebelum bertolak...bersama Fai, Lay, Yen & Titiey,
di depan bangunan Pentadbiran ILTP, JPSM.

4 Sweetz Gals..ehm sebelum b'tolak kena la posing dlu..hehe..

Posing lg..sementara tunggu bas ke Menumbok (Borneo Ekspress).

Dalam bas pun sempat posing..hehe..

Perjalanan menaiki bas ekspress dari pekan Papar ke Pelabuhan Menumbok
memakan masa lebih kurang 2 jam (1.55 pm-3.50pm)

Dah sampai pelabuhan Menumbok...cuaca panas terik masa ni..
papun, posing dlu sementara tiket dibeli..thanks Yen.. :-)

Ehm..ni la view dari atas feri yg kami naiki..
kat bawah tu ada banyak kereta sebenarnya.. penumpang duk area atas,
ada tempat duduk khas yg berhawa dingin..

Tak tahan duk kat dalam tu, sejuk sangat..
kuar jap santai kat bahagian dek luar atas feri ni.. best..!!!

Senyum..jan x senyum.. :-)

Sambil menikmati udara segar dan tiupan angin laut, posing dlu tuk kenangan...

Ala cian..penat / pening ker??? Mabuk laut??? Makan la ubat yek..

Sepasang Merpati sejoli ni pun join skali naik feri.. romantik..

Titiey dah segar semula..bleh posing cecantik dah..hehe..

Fai pula dengan gaya santainya yg tersendiri..

Wow.. Lay pun apa kurangnya..
merenung jauh ke laut lepas..dah terbayang Pulau Labuan depan mata agaknya nie..

Papun..memang best dapat pergi sama2 ngan 'my trainees' kali nie..
lagi best kalau semua pelatih PTSM yg lain dpt join...tentu lebih meriah..
insya'Allah 'next time' k.. :-)


Wednesday, April 29, 2009

SeLamaT HaRi Ibu...


Monday, April 27, 2009

My Trainees @ ILTP, JPSM 2009

D-060-2 (Pembantu Tadbir Sistem Maklumat / Tahap 2)


Herdy, Lay, Donnic, Herwin & Gerald @ Jack (front)


Syuhadah, Wyonna @ Ayue, Theodora @ Dora, Trinity & Terrence


Rosdy @ Yus, Fiona, NorFaizah @ Fai, Hayati @ Yatie



Liyana @ Yen (back), Jessica @ Jess, Matthew & Martha@Viey






Natures_Sunset








Pemandangan memukau di Pantai Lok Kawi, Kota Kinabalu...
Saksikan betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT..
Panorama biasan cahaya senja
begitu mempesona..
inilah antara pemandangan menarik yang sempat saya rakam semasa melintasi kawasan ini, iaitu sewaktu perjalanan balik ke tempat latihan internship di Papar dari Kota Kinabalu...

Google+ Followers

Add This!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followed Sites

Carian ...

get this

Langgan Percuma!

Dapatkan artikel secara PERCUMA dari laman ini, terus ke e-mel anda. Mudah sahaja..taip alamat e-mel anda dalam kotak di bawah, kemudian klik 'Subscribe'. Terima kasih.

Delivered by FeedBurner